adakah aku tulang rusukkmu?


"untuk apa kita bertemu 
kalau hanya penuh derita..."



dia kutip beban awak sebab dia sayangkan awak 
dia taknak awak rasa susah menempuh derita seorang diri
dia galas beban dia sendiri sebab dia masih mampu
dia taknak awak susah hati

walau dia terima tuduhan melulu
awak tak pernah bagi dia peluang untuk bela dirinya
bila dia sedih dia perlukan awak untuk bercerita
tapi awak tidak pedulikan kata-katanya

bila awak lemparkan kata-kata kesat pada dia
dia rasa dia dah mati untuk awak
walau dia menangis air mata darah
dia tahu awak takkan sudi mengubati luka-luka di hati dia

dia berusaha buat awak rasa bahagia
tapi awak menilai setiap usaha dia dengan pembaziran
waktu dia meminta pertolongan daripada awak
dia gembira bila awak tolong dia
dia bersyukur kerana awak sudi

tapi rasa gembira dia tak lama
sebab awak ungkit pertolongan awak pada dia
dia sedih sebab dia betul-betul sangka awak ikhlas tolong dia


awak,

dia dah tak berdaya lagi walaupun dia mencintai
dia manusia biasa
dia juga tak sempurna
kali ini, dia rasa dia patut pergi
supaya awak lebih menghargai setiap kehadiran dia
disisi awak selama ini

awak,

terima kasih untuk segalanya
terima kasih atas semua pertolongan yang diberi
dia mungkin tak dapat membalas semua kebaikan awak
tapi dia harap awak halalkan semuanya



maafkan dia, dia pergi kerana terlalu mengasihi...



:(








No comments: