adakah aku tulang rusukkmu?


"untuk apa kita bertemu 
kalau hanya penuh derita..."



dia kutip beban awak sebab dia sayangkan awak 
dia taknak awak rasa susah menempuh derita seorang diri
dia galas beban dia sendiri sebab dia masih mampu
dia taknak awak susah hati

walau dia terima tuduhan melulu
awak tak pernah bagi dia peluang untuk bela dirinya
bila dia sedih dia perlukan awak untuk bercerita
tapi awak tidak pedulikan kata-katanya

bila awak lemparkan kata-kata kesat pada dia
dia rasa dia dah mati untuk awak
walau dia menangis air mata darah
dia tahu awak takkan sudi mengubati luka-luka di hati dia

dia berusaha buat awak rasa bahagia
tapi awak menilai setiap usaha dia dengan pembaziran
waktu dia meminta pertolongan daripada awak
dia gembira bila awak tolong dia
dia bersyukur kerana awak sudi

tapi rasa gembira dia tak lama
sebab awak ungkit pertolongan awak pada dia
dia sedih sebab dia betul-betul sangka awak ikhlas tolong dia


awak,

dia dah tak berdaya lagi walaupun dia mencintai
dia manusia biasa
dia juga tak sempurna
kali ini, dia rasa dia patut pergi
supaya awak lebih menghargai setiap kehadiran dia
disisi awak selama ini

awak,

terima kasih untuk segalanya
terima kasih atas semua pertolongan yang diberi
dia mungkin tak dapat membalas semua kebaikan awak
tapi dia harap awak halalkan semuanya



maafkan dia, dia pergi kerana terlalu mengasihi...



:(








coretan terakhir: buat seseorang yang sentiasa disayangi, dicintai dan dirindui sampai mati...

"ku amanahkan hati ini kepada mu dengan harapan ia menemui kebahagiaan...
namun, ia kembali kepadaku semula dengan luka disekelilingnya..."




senyuman terukir dibibir disaat diri mula mengenali seseorang yang cukup baik hati
namun hati diri ketika itu diberi pada yang tak sudi
tidak banyak pengertian yang diberi
hanya mampu tersipu malu ketika ditanya berulang kali
masa berlalu pergi
persahabatan suci mula terjalin tanpa disedari

mereka berkongsi ceritera duka
yang dahulunya pernah ditinggalkan insan yang tidak setia
mereka berjanji saling menjaga rahsia
kepercayaan diantara mereka makin kukuh dipersada masa

hari demi hari berganti
hati diri akhirnya dilukai oleh yang tak sudi dengan tajam sekali
dunia seakan terhenti 
diri diam tertunduk menahan perih dihati

ketika itu, diri hanya mampu menangis
hanya mampu meratapi sisa-sisa tragis
hanya mampu berlindung disebalik kesedihan yang sukar dikalis
perasaan ini bagai digilis
oleh harapan tinggi yang ditepis

akhirnya diri menemui seseorang itu semula
seseorang yang dicari untuk berkongsi ceritera duka
seseorang yang cukup manis bergurau senda
seseorang yang bisa membuat hatinya ketawa walau sedang terluka 
seseorang yang dulunya entah mengapa terasa gementar apabila bersua muka

perkongsian itu tidak lama
masing-masing hilang entah kemana
diri masih berharap seseorang itu masih mengingatinya
walau diri bukan siapa-siapa

luka lama beransur sembuh dek usaha mencari penawar yang tiada berpenghujung
namun hati diri terasa kosong
kosong menyelusuri lorong-lorong

lama juga diri menyepi sendiri
lama juga diri menahan pilu dihati
akhirnya seseorang muncul kembali

seseorang memberi kejutan yang sangat istimewa
yang tidak mungkin diri lupa sampai bila-bila
betapa diri bahagia tidak terhingga
seseorang meluahkan perasaanya
diri sebak kerana terlalu gembira
diri diterima oleh seseorang walau diri tidak sesempurna mana 

diri percaya seseorang itu yang diri cari selama ini
seseorang itu sungguh diri cintai
sungguh diri sayangi tanpa berbelah bhagi

namun kebahagiaan yang dikecapi tidak lama
masalah makin menimpa mereka
bermulanya episod derita

namun diri dan seseorang cukup gagah
cukup tabah walau hampir rebah
semangat hampir patah
dimamah pancaroba dunia

bait-bait kemarahan mula menakluki tatkala cinta mereka diuji
kata-kata yang cukup menghiris hati mula menguasai

diri meratapi cintanya yang retak menanti belah
diri masih menghulurkan pengorbanan walau tidak lagi berharga 
diri masih mengharapkan seseorang sudi memberi penawar kepada hatinya kembali
diri masih menyayangi dan tidak sesekali mengharapkan pengganti
diri merindui seseorang yang cukup dikenalinya dahulu dengan penuh erti

diri mahu seseorang bahagia
diri sanggup menanggung derita asal seseorang ketawa
diri tetap setia walau diri dilupakannya
hanya doa mengiringi bahagianya
hanya doa menemani deritanya





nota kaki : sayangku pada dirinya sampai ke akhir usia. tidak minta dibalas, cukup diberi peluang untuk merasa bahagia...





Look In My Eyes And You Will Find Me

But Look In My Heart And You Will Find You…










"moga engkau temui insan yang lebih sempurna wahai sang cinta...aku masih menunggu dan merindu mu...biar Dia yang menentukan segalanya"






pedih bila seseorang yang kita sayangi tak mengerti betapa diri ini perlukan dia:(