the longest entry for this year maybe:P

i've been very busy to update this blog. so, today this entry gonna be the longest entry of this blog. hihi:P


HARI2 BAHAGIA

28 Nov 2010

my convocation day.  hari yang sangat bahagia. bertambah2 bahagia bila tengok semua parents happy. merasa juga saya naik stage and terima scroll. alhamdulillah. hardwork pays off:) here some pictures taken during that day.





ini encik baik hati saya. dia datang walaupun JCN tidak berapa sihat. JCN itu no. plat kereta..
THANKS FOR THE ROSES AND BEAR ~blushingg~
that was so sweeet of you bie:)

next time, belikan saya be-bear yg lg besar tau,warna coklat, dan berbulu lembut. 
(mintak sambil kenyit2 mata. walaupun bulu mata tak cukup panjang untuk menggoda,tetap gagahkan diri untuk kenyit mata. hish,ade kene mengena ke??



 saya sangat suka pic ini. mungkin kerana senyuman keempat2 wanita ini yg sungguh menawan ataupun barangkali kerana tersesat seseorang yg bernama Fuad di dlm pic ini. nervous ke en Fuad ambil gamba bersama kami?? (kalau Fuad baca, kebarangkalian dia akan munt*h tinggi..)

HA HA



THANKS untuk ZILA a.k.a my BFF kerana tabah menunggu saya keluar dari dewan. bukan seminit dua tunggu, tapi berjam2. jangan salahkan saya pliss. bukan salah ibu mengandung juga. 
fine, aku dah melalut. sambil tunduk, mintak diri dulu.



3 Disember 2010

saya,kakak dan emak telah pergi ke MAHA ( Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Exhibition) dekat serdang. mak ai, punyalah jammed nak masuk ke situ. nasib baiklah bukan saya yg memandu. hehe.


kakak dan emak saya


emak saya sangat sukakan bunga. jadi beliau tidak sesekali akan melepaskan peluang bergambar dengan bunga.
 



 budak bajet tengah cium bunga. padahal orkid mana ada bau macam bunga ros. hampa~


 tiba2 saya lagi over dari emak bergamba dgn bunga. alaa..kemana tumpahnya nasi kalu tak ke kuah. 
kenapa bunyi pepatah ni macam pelik? abaikan~



 mula2 saya ingatkan buah ini buah plastik. rupanya buah betul. sangat comel. rasa nak petik satu dan bawa balik rumah buat perhiasan.


 ini pula cempedak gergasi. fuhh, kalau saya seorang tak terlarat lah nk angkat buah ini. hendak bawa ke kaunter pun mungkin perlukan 2,3 orang untuk memikulnya.



 Faris buat muka teruja tengok orang ramai lalu lalang.



waktu ni sangat panas terik. terasa peluh bergelen2 jatuh menghempas bumi. euww..
tapi memang sumpah panas. sengaja cekalkan hati untuk ambil gambar. balik rumah tengok cermin, muka dan tangan dah macam kuali. ohh noo~


LEBIH BAHAGIA BERSAMA SI DIA

4 Disember 2010

pergi ofis menghabiskan kerja2 yang takkan pernah-habis-sampai-saya-resign-baru-habis agaknya. agaknya lah. pergi dengan encik baik hati. sangat2 lah seronok kerana ada assistant boleh tolong saya tampal2 dan cabut ubat stapler. he he.

malam, kami telah pergi ke IKEA untuk makan meatball. 



bie, ni pose bie yang paling kacak dan handsome. serious tak tipu:P

you look soo stunning with that pose:P ha ha~
fine, saya sengaja sabotaj gamba ini.

sebab kalau tak sebotaj, mesti encik ini nampak sangat kacak. saya jeless~

kenapa tiba2 saya rasa teringin nak makan meatball pulak ni.

perut terus lapar.

gamba ni membawa pengaruh besar kepada perut saya barangkali.


5 Disember 2010

saya dan encik baik hati pergi ke The Mines. kononnya ingin mencari dress untuk dinner saya nanti. tapi akhirnya kami telah pergi ke NANDOS kerana encik baik hati saya kelaparan. kasihan dia.


 terliur tak? nyummmmm3




 konon sahaja sudu dan garfu itu. kerana saya tidak makan menggunakan mereka pun. 
guna tangan lagi feel lah. he he



sebelum makan, wajib posing macam ni dulu:D



haih, masa2 bahagia cepat saja berlalu. masa pergi kerja, terasa bertahun2 menunggu.

(alasan tak nak pergi kerja esok:P)

esok, encik baik hati mahu berangkat pulang ke JB.

he's gonna leave me alone dekat kajang yg tak berapa nak best neh:P

uwaaa..nak ikuttt boleh tak bie?

(hepp2, ayah saya cekak pinggang nanti anak dara dia buat perangai mcm ni. haha)


(ok, saya dah rasa nak nanges-_-!!)


boleh tak saya nak stop-kan jarum jam.

supaya saat2 bahagia saya dengan encik baik hati ini tidak berlalu begitu pantas:D

macam la boleh untuk buat begitu..mustahil bukan?

tskk..tskk...






ok, pen off now. will be continued...











No comments: