andainya kau rasa tak berupaya
hidup sendirian tiada pembela
segalanya suram
bagai malam yang kelam
tiada bantuan
tiada tujuan
janganlah berputus asa kerana Allah bersamamu:)
-Maher Zain, InsyaAllah-
bukan mudah untuk bangun semula disaat diri sudah rebah
bukan mudah untuk berhadapan dengan seribu kebencian disaat diri sudah dilupakan
bukan mudah untuk meyakinkan disaat fitnah bermaharajalela
bukan mudah untuk memaafkan disaat diri dicela dan dibiarkan begitu sahaja
percayalah, aku pernah melaluinya
aku pernah menempuhnya
aku pernah merasa kesakitan itu
air mata ini pernah mengalir mengubati luka-luka yang dahulunya dicalit oleh mereka
darahnya mungkin sudah tiada
bekasnya masih kekal menggamit rasa
aku hampir mengalah
aku hampir tunduk pada keperitan itu
tapi aku kuat dengan doa
aku tenang dengan ayat-ayat Nya
pada yang lemah
pohonlah kekuatan itu daripada Nya
kerana tiada siapa yang istimewa selain Nya
engkau mungkin dihina didunia
tapi siapa tahu? engkau mungkin yang paling indah disisi Nya disana
dunia ini hanya sementara, akhirat itu selamanya :)
nota kaki: motivasi kepada diri yang sering lupa:)
No comments:
Post a Comment